NORMAN: Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.
Doktor veterinar di Norman menjalankan pembedahan untuk membuang duri berkenaan dari kepala dan kaki anjing itu.
Mereka percaya sebahagian duri berkenaan
masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih
daripada serangan itu.
Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV
bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain
berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor
landak.
Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.
Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan
kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.
Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez
memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu
teruk ke atas haiwan peliharaan. – DM
Tidak ada komentar:
Posting Komentar