
Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria
melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing
dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum
dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi
pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana
beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.
Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.
“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di
Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,”
katanya
Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak
sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak
melihat anaknya yang ganjil.
Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut
bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan
segera.
Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu
mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.
Bayi itu tidak mempunyai otak.
Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.
- Agensi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar