Beliau adalah seorang yang terpelajar,
graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan
England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah
tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau
semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa
semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini,
sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu
dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).
Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di
dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi
apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa.
Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’
dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut
dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak
diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah,
KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi
penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya
neraka dan indahnya syurga.
Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.
Kenapa beliau cakap macam tu? Revert
bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh
kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam
sepatutnya BERBALIK kepada Islam.
Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita
yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan
Sunnah?
10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan sia-siakan. Kejarlah
Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir mu wahai
sahabat.
Alhamdulillah..bila Brother Abdul malik nih peluk islam??
BalasHapusiya,. ini adalah sebuah kebanggan islam juga,.
BalasHapuspatut kita syukuri,. :)